Ustaz Shamsuri - Muqaddimah TN 2 Tafsir Surah An Nahl Ayat 95-100,Masjid simpang empat 2.5.2016
Sahih Bukhari dari Safiyah bt Huyai ra sabda Nabi s.a.w. pada 2 sahabat ansar bagi mengelakkan salah faham mereka. "Syaitan berjalan dalam salur darah manusia sepanjang hayat manusia.
Sahih Bukhari dari Abu Hurairah ra. sabda Nabi s.a.w. Syaitan berusaha tanpa jemu merosakkan solatku tetapi Allah menolongku.
Syaitan melarikan diri apabila azan berkumandang tetapi kembali selepas habis azan. Syaitan tidak putus asa kembali masuk ke dalam hati manusia untuk membisikkan pelbagai ingatan yang boleh merosakkan solat seperti lupa rakaat solat.
Sahih Bukhari dari Sulaiman b Surad ra. sabda Nabi s.a.w barangsiapa menyebut "A'uzubilla hi minasyaitan " kemarahan akan hilang serta merta kerana kemarahan ialah dari syaitan."
Riwayat Abi Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Syaitan merosakkan pemikiran manusia sehingga terlalu memikirkan perkara ghaib seperti siapa buat Allah, maka segerakan minta berlindung dari kerja Syaitan ini. Fikirkan makhluk ciptaan Allah dan jangan fikirkan zat Allah kerana manusia akan menjadi gila.
Sahih Bukhari sabda Nabi s.a.w. Apabila suami ingin bersama dengan isteri, mintalah dijauhi dari syaitan dengan apa yang bakal direzekikan oleh Allah. Sekiranya, Allah mengurniakan anak maka syaitan tidak dapat mempengaruhi kelahiran bayi manusia tersebut.
Sahih Bukhari dari Jabir ra. sabda Nabi s.a.w. Syaitan bertaburan apabila senja mendekati maghrib sehingga Isyak, maka pastikan semua ahli keluarga di dalam rumah dengan pintu rumah ditutup. Di ketika itu, sebutlah nama Allah untuk setiap kali menutup pintu mahupun bekas-bekas minuman serta makanan.