Ustaz Shamsuri BM 12 Bab Makan Untuk Beribadah,Masjid Sultanah Bahiyah 7.2.2017
KOMANDER BATALION ISLAM MENAWAN MESIR - UBADAH B ASSAMIT radiallahu anhu
Sahih Muslim dari tabi’in AsSunabihi dari Ubadah b Assamit r anhuma sabda Nabi s.a.w. Manusia yang meninggal dunia dalam keadaan muslim akan masuk ke syurga.
Ubadah b Assamit pernah menjadi salah seorang komander pasukan pimpinan Amru Al-Az bertujuan menakluk Mesir. Mulkaskis, pemerintah Mesir ketika itu mengarahkan tentera pertahanannya mengusir Ubadah tetapi Ubadah membalas, “sekiranya aku diusir maka akan datang ramai lagi yang lebih berkulit hitam dan lebih gerun dariku. Wahai Mulkaskis, kami adalah pasukan Islam yang mencari keredhaan Allah. Kami muslim hanya makan untuk menghilangkan kelaparan. Kami muslim hanya perlukan sehelai selimut saja untuk tidur lena tanpa kesejukan malam. Kami sekiranya diberikan uncang emas, kami langsung tidak pandang uncang emas tersebut malah kami akan agihkannya kepada fakir miskin.” Pemerintah Mesir kemudian berpaling kepada bala tenteranya sambil berkata, “Ketika dia masuk sebentar tadi, aku sudah ketakutan. Kini, percakapannya lebih menggerunkan aku.” Akhirnya Mesir jatuh ke tangan Islam pada zaman perintahan Khalifah Omar Al-Khattab ra.
Bahrulmazi jilid 12 ms 207 MUSLIM MAKAN SEDIKIT, KAFIR MAKAN BANYAK
Hasan Sahih At Tirmizi dari Ibnu Omar Al-Khattab r anhuma sabda Nabi s.a.w. Mukmin makan sedikit, kafir makan banyak. Hasan Sahih lagi Gharib At Turmuzi dari Abu Hurairah ra sabda Nabi s.a.w. Mukmin makan satu perut, kafir makan 7 perut
Hasan Sahih AtTirmizi dari Abu Hurairah ra, sabda Nabi s.a.w. Berkongsilah makanan walaupun sedikit kerana makanan berdua cukup untuk bertiga, bertiga cukup berempat dan seterusnya.
Sahih Muslim dari Anaz b Malek ra, walaupun makanan dirumahku sedikit tetapi aku nampak makanan tambahan keluar dari celahan jari Nabi s.a.w. cukup menampung jamuan 100 ahli sufah secara 10 orang makan bergiliran.