Abu Ubaidah al JarrahRA antara 10 sahabat dijamin Syurga dan disebutkan
RasulullahSAW sebagai “pemegang amanah umat”. Beliau diutus Baginda mengetuai
300 Muhajjirin & Ansar bagi menyekat kafir quraish. Ekspedisi 5 hari
perjalanan tersebut melalui ujian kelaparan & panas terik padang pasir oleh
AllahSWT sehingga setibanya di tepi laut dikurniakan ikan paus sebagai makanan
selama 18 hari.
Pernah dicalonkan bersama Saidina Abu Bakar As-Siddiq menjadi khalifah
selepas kewafatan RasulullahSAW tetapi lantas menolak tawaran tersebut lalu memberi
bai’ah kepada Abu Bakar As-SiddiqRA. Semasa pemerintahan Khalifah Umar al
KhattabRA, Abu Ubaidah al Jarrah berjaya memimpin tentera Islam menakluk Parsi dan
Baitul Muqaddis. Di dalam perbincangan mustajab doa, para sahabat kesemuanya meminta
harta untuk fisabilillah kecuali Umar yang hanya menginginkan salah seorang
seperti Abu Ubaidah bagi membantu perjuangannya.
Beliau meninggal dunia di usia 58 tahun pada 640 masihi dan dikebumikan
di Syam (Jordan).