NOTA CINTA

Saturday, August 11, 2012


Said ibn ZaidRA merupakan adik ipar Saidina Umar Al-KhattabRA dan antara 10 sahabat dijamin Syurga seperti disebutkan RasulullahSAW. Beliau dan isterinya merupakan pendakwah yang berjaya menarik Umar Al-Khattab mendekati Islam.
Ketika menyertai Perang Yarmuk yang dipimpin oleh Abu Ubaidah Al-JarrahRA, pasukannya berjumlah 24’000 tentera sedangkan Rom mempunyai 120’000. Musuh bergerak bagaikan sebuah bukit dengan barisan hadapan terdiri dari para pendeta, paderi, perwira dan panglima yang membawa kayu salib sambil membaca doa dengan kuat sehingga timbul rasa takut di hati tentera muslimin. Tetapi Said tidak gentar akan musuh dan banyak membantu Abu Ubaidah sehingga diizin Allah, tentera muslimin beroleh kemenangan.

Said ibn Zaid turut berperang menakluki Damsyiq dan kemudian diangkat oleh Abu Ubaidah menjadi Wali muslimin pertama di kota tersebut. Ketika dianiaya difitnah merampas tanah, Said telah berdoa kepada AllahSWT agar membuktikan kebenaran. Akhirnya terjadilah banjir yang mewujudkan batas sempadan tanah antara Said dengan orang yang memfitnahnya. Selepas peristiwa tersebut orang yang memfitnahnya menjadi buta.

No comments:

Post a Comment