Ada org berjaya lawan malas menuntut ilmu dengan rajin
tuntut ilmu tetapi tidak beramal. Ada yang belajar dan berilmu tetapi kalah
nafsu dengan sifatnya yang riak, takabur, sombong, dan merasa dirinya hebat.
1.
Peringkat pertama nafsu, Nafsu Amarah yakni
sifat mazmumah iaitu bakhil kedekut tamak suka kemegahan suka dipuji lalai iri
hati hasad dengki.
2.
Peringkat kedua Nafsu Lawammah Tanda utk
mengenali orang yang jenis ni ialah dia kelihatan sentiasa berusaha menuntut
ilmu. Dalam mempelajari ilmu agama masih melakukan kesilapan tetapi segera menyesal dan mengakui kesalahannya.
Sudah ada sedikit mujahadah tetapi masih lagi terasa dirinya super dan merasa
hebat.
3.
Peingkat ketiga Nafsu Mulhamah dimana sifat
tawadduq, sabar , sentiasa beryukur setakat yang ada, pemurah serta kurang sayang
pada wang ringgit dan harta.
4.
Peringkat keempat Mutmain’nah (jiwa tenang)
merupakan peringkat terakhir yang diiktiraf oleh Allah dimana mendapat
keredhaan Allah dimana peringkat ini ketika meninggal dunia dalam keadaan ini
Allah mengalu-alukan roh ke syurga. Ramai
kawan-kawan yang pernah sampai peringkat ini tetapi berpatah balik ke peringkat
pertama, kedua dan ketiga. Mintak dijauhkan dari turun balik dari peringkat
ini.
5.
Peringkat kelima Nafsu Radhiyah ialah zuhud tidak
mempedulikan duniawi dimana warak perjalannya hanya menuju akhirat, ikhlas
semata-mata kerana AllahSWT dan peringkat ini AllahSWT telah redha padanya.
6.
Peringkat terakhir Nafsu Mardiyah yang boleh
dicapai oleh manusia biasa bukan Nabi dimana hidupnya semata-mata kerana
AllahSWT.
7.
Peringkat makam tertinggi dimiliki para Nabi dan
Rasul iaitu bermujahadah Nafsu Kamil/Kamilah.
Petua bermujahadah tundukkan nafsu ialah banyak tafakkur
tanda-tanda kebesaran Allah perbanyakkan solat sunat.
No comments:
Post a Comment