NOTA CINTA

Saturday, August 11, 2012


Abu Ubaidah al JarrahRA antara 10 sahabat dijamin Syurga dan disebutkan RasulullahSAW sebagai “pemegang amanah umat”. Beliau diutus Baginda mengetuai 300 Muhajjirin & Ansar bagi menyekat kafir quraish. Ekspedisi 5 hari perjalanan tersebut melalui ujian kelaparan & panas terik padang pasir oleh AllahSWT sehingga setibanya di tepi laut dikurniakan ikan paus sebagai makanan selama 18 hari.
Pernah dicalonkan bersama Saidina Abu Bakar As-Siddiq menjadi khalifah selepas kewafatan RasulullahSAW tetapi lantas menolak tawaran tersebut lalu memberi bai’ah kepada Abu Bakar As-SiddiqRA. Semasa pemerintahan Khalifah Umar al KhattabRA, Abu Ubaidah al Jarrah berjaya memimpin tentera Islam menakluk Parsi dan Baitul Muqaddis. Di dalam perbincangan mustajab doa, para sahabat kesemuanya meminta harta untuk fisabilillah kecuali Umar yang hanya menginginkan salah seorang seperti Abu Ubaidah bagi membantu perjuangannya.
Beliau meninggal dunia di usia 58 tahun pada 640 masihi dan dikebumikan di Syam (Jordan).

No comments:

Post a Comment